Sunday, January 18, 2009

PENGUMUMAN RASMI

Blog ini sedang ditingkatkan kembali. Dijangka siap menjelang 15 Jun 2009. Harap Maaf!

Wednesday, January 14, 2009

PRESIDEN ALUMNI BERUCAP DI KOREA


UCAPUTAMA....Salleh menyampaikan ucaputama selaku Duta Keamanan PBB daripada Malaysia.


WALAUPUN usianya masih muda dalam politik Malaysia, namun Duta Keamanan PBB, Haji Salleh Kalbi diberikan peluang berucap di International LeaderShip Conference, World Summit On Peace 2009 yang disertai oleh 70 buah negara daripada seluruh dunia.

Salleh yang dilantik sebagai Duta Keamanan PBB pada 20 Disember 2008 telah berlepas ke Korea Selatan pada jam 1.00 pagi, 13 Januari 2009 bersama Paderi Philip Thomas daripada Gereja Ortodok Kuala Lumpur.

Salleh dan Philip merupakan dua orang wakil khas Malaysia ke persidangan berkenaan, namun hanya Salleh yang diberikan peluang berucap menyampaikan mesej keamanan di hadapan semua delegasi yang terdiri daripada Ketua Negara, ahli parlimen, pemimpin NGO dan golongan profesional daripada 70 buah negara.

Pada hari ini, Salleh telah berjaya menyampaikan mesej yang jelas bahawa PBB perlu merobah kerangka pelan tindakan dan perancangan strategik agar tidak diperlekehkan oleh negara anggota yang menuduh PBB ditunggangi kuasa besar seperti Amerika.

"PBB harus lebih terbuka dan berani berhadapan dengan kuasa besar terutama Amerika dalam mengetengahkan agenda memperkasa bangsa manusia dan melindungi manusia sejagat yang kini terancam dan diancam malapetaka dunia," ujar Salleh yang tidak gentar walaupun Delegasi Israel dan Amerika turut serta di dalam persidangan berkenaan.

Tanpa gentar, Salleh telah menemui Duta Keamanan Georgia, Amerika Syarikat iaitu Briton, untuk menyampaikan mesej jelas Malaysia berhubung kutukan seluruh rakyat Malaysia terhadap Amerika dan sekutunya Israel yang menjadi dalang serangan Israel di Semenanjung Gaza.

Persidangan yang diadakan di Hotel JJ Mariot, Seoul, Korea Selatan hangat dengan pelbagai saranan dan formula untuk mengakhiri krisis Asia Barat mengikut cara Universal Peace Federation (UPF) setelah PBB kelihatan masih menjadi budak suruhan Amerika dan tidak mampu untuk melakukan sebarang tindakan ketenteraan.


PRIHATIN....Gus Dur masih aktif memperjuangkan hak kemanusiaan sejagat walapun telah meninggalkan kerusi Presiden Indonesia.

"Ketiadaan logistik dan ketenteraan serta sikap pemimpin PBB yang pasif hanya menunggu dan melihat reaksi negara anggota membuatkan Israel semakin berani menodai bumi Palestin," ujar Salleh yang turut mengucapkan terima kasih di atas sumbangan Mantan Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid @ Gus Dur yang berterusan memerangi keganasan dan membantu Malaysia mengurangkan pendatang asing Indonesia di Sabah ketika berada di tampuk kuasa.

Monday, January 12, 2009

PENUBUHAN PENAJA ALUMNI


YB SALLEH KALBI
Ahli Parlimen Silam
Presiden Penaja
Alumni SMK Agaseh


SALAM HORMAT, Saya, YB Haji Salleh Kalbi mengalu-alukan saudara-saudari bekas pelajar SMK Agaseh, Lahad Datu menyertai ALUMNI SMK AGASEH yang kini dalam proses penubuhan.

TUJUAN utama penubuhan Alumni ialah untuk menyatukan kembali bekas pelajar SMK Agaseh agar dapat menyumbang jasa bakti kepada sekolah yang pernah mendidik mereka sehingga menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Penyertaan golongan profesional amat dialu-alukan terutama untuk menyediakan pelapis pemimpin dalam bidang masing-masing di masa akan datang.

Sila emailkan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, alamat dan profesion saudara-saudari ke email Urusetia Penaja, alumniagaseh@gmail.com

Saudara-saudari akan dimaklumi melalui telefon atau email setelah Alumni ini diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Sementara itu, marilah kita berbakti kepada sekolah yang telah memanusiakan ramai manusia agar terus Gah mendidik anak bangsa.

(Dipetik daripada http://www.e-sahabatparlimensilam.com)
LATAR BELAKANG PRESIDEN PENAJA

Nama sebenar beliau SALLEH BIN KALBI. Tarikh lahir beliau ialah pada 10 haribulan Ogos 1964. Ayah beliau bernama Kalbi bin Hj. Mustapa. Ibu beliau pula bernama Hajjah Sopiah Binti Ibno Arab. Sebagai hamba Allah di muka bumi yang suci ini tibalah masanya beliau melaksanakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W iaitu mendirikan rumah tangga bersama isteri yang tersayang yang bernama Puan Fatma binti Haji Abdul Aziz. Beliau dibesarkan dan menetap di Daerah Lahad Datu, Sabah .

Cetusan Pendidikan yang Memacu Kejayaan.

SK Pekan Lahad Datu Bermula Era Persekolahan.

Jika kita tinjau sejenak latar belakang beliau dapatlah kita satu gambaran yang jelas tentang kendiri serba ringkas dan padat. walaubagaimanapun, kita akan cuba menerjah lebih jauh lagi supaya gambaran tentang beliau dapat kita perolehi secara total. Bermulalah era pendidikan beliau menuntut ilmu di Sekolah Rendah Pekan Lahad Datu Sabah . Semasa tahun satu ketika itu umur beliau ialah 7 tahun pada tahun 1971. Ini bermakna beliau bersekolah dari tahun satu, tahun dua, tahun tiga, tahun empat, tahun lima dan tahun enam. Di sekolah ini beliau menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 1976.

SMK Agaseh, Lahad Datu, Sabah.

Pada tahun 1977 beliau berjaya meneruskan pendidikan ke peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh, Lahad Datu, Sabah . Pada masa itu beliau baru mendaftar sebagai pelajar tingkatan satu. Beliau telah belajar di sekolah ini dari tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan tiga. Semasa berada di tingkatan tiga beliau sekali lagi menduduki peperiksaan Sijil Rendah Peperiksaan (SRP). Kejayaan dan ketekunan beliau dalam pelajaran akhirnya beliau berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat di sekolah yang sama pada tahun 1980. Pada ketika itu, sekolah di sekitar Lahad Datu, Sabah hanya menempatkan pelajar-pelajar sehingga tingkatan empat sahaja.

SMK Abdullah, Semporna

Oleh yang demikian, beliau telah berhijrah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah daerah Semporna Sabah . Pada ketika itu, daerah Lahad Datu terletak dibawah pentadbiran Parlimen Semporna, maka pelajar-pelajar akan dihantar ke SMK Abdullah untuk meneruskan pelajaran ke tingkatan lima pada tahun 1981 hingga tahun 1982.

Sekolah Yayasan Masyriah, Pulau Pinang.

Rezeki, doa dan azam yang tinggi untuk berjaya, sekali lagi beliau telah memperlihatkan kecemerlangan dalam dunia pendidikan. Beliau berpeluang meneruskan pelajaran ke peringkat Tingkatan Enam (6) Di Sekolah Yayasan Masyriah, Pulau Pinang pada tahun 1982 hingga 1983.

ST. Mary`s University USA.

Pengalaman menuntut ilmu di Pulau Pinang merupakan kunci hidup yang banyak mengajar erti untuk berdikari tanpa dibantu oleh pihak keluarga samada keluarga terdekat mahupun keluarga yang tinggal jauh. Jika kita pernah menjejakkan kaki ke semenanjung seseorang itu akan terasa rindu kampung halaman. Persoalannya, bagaimana hendak balik kampung sedangkan tambang pada masa itu adalah terlalu tinggi? Berdasarkan pandangan saya sebagai penulis, beliau ini dapat di kategorikan sebagai anak Sabah yang berjuang untuk menimba ilmu supaya dapat menyumbang kepada keluarga, agama, bangsa, dan Negara.

Bagi pendapat beliau, peluang melanjutkan pelajaran ke ST. Mary`s University USA adalah satu peluang keemasan untuk berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain di peringkat negara dan dunia. Maka dengan itu, beliau bukan hanya wakil kepada anak Sabah tetapi juga telah menjadi satu harapan kepada rakyat Malaysia berjuang sebagai anak Malaysia .

Peluang untuk melanjutkan pelajaran di sebuah Kolej dan berpindah ke sebuah Universiti di ENGLAND dalam jurusan Perancangan Bandar dan Wilayah. Berbekalkan semangat yang ada beliau sekali lagi menyahut peluang yang ada untuk meneruskan pengajian beliau di Peringkat Ijazah Sarjana Muda di St. Mary`s University USA pada tahun 1997 dan di beri kepercayaan untuk di lantik sebagai Presiden Persatuan Pelajar di Universiti berkenaan. Beliau juga telah mengambil Master dalam bidang Pendidikan di HAWAI State Uinversity (USA) melalui Pengajian Jarak Jauh (PJJ) pada tahun 1998 hingga 2000.

Profile YB Haji Salleh bin Haji Kalbi
Nama : Haji Salleh bin Haji Kalbi
No. Kad Pengenalan : 640810-12-5477 (H 0659057)
Tarikh Lahir : 10hb Ogos 1964
Tempat Lahir : Kg. Tundun Semporna Sabah
Suku kaum : Bajau
Status : Berkahwin
Alamat Kediaman : Taman Aman Jaya, MDLD 5014, Lot 96, Lot Jaya 7, 91108 Lahad
Datu, Sabah .


Tempat Persekolahan :

1) SK Pekan Lahad Datu (1971-1977)
2) SMK Agaseh Lahad Datu (1977-1980)
3) SMK Abdullah Semporna (1981- 1982)
4) Sekolah Yayasan Masyriah Pulau Pinang (1982-1983)


Anugerah Bintang Kebesaran :

1) Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 2003
2) Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM), 2005, Kedah.
3) Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 2005, Melaka.

Anugerah Antarabangsa:

Duta Keamanan PBB (Ambassador for Peace)

Kerjaya terkini : Ahli Parlimen P-188 Silam setelah memperoleh Undi Sebanyak 18,111 daripada 26,430 orang Pengundi dengan Majoriti 9,792 orang pengundi.

Pengalaman awal kerja :

1) Guru Sandaran di SK Tagasas, Semporna,Sabah .
2) Malaysia Airlines, Lahad Datu, Sabah (1983-1985)
3) Pegawai Eksekutif Pemasaran SEBOR Trading Tawau,
Sabah (1983-1986)
4) Ahli Majlis Daerah Lahad Datu, Sabah (2002-2003)
5) Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Lahad Datu, Sabah
6) Pengerusi Jawatankuasa Lampu Jeraya Lahad Datu, Sabah
7) AJK Pengindahan Bandar Lahad Datu, Sabah
8) Ahli Lembaga Pengarah Sabah Fish Marketing, SAFMA
Sabah (2003-2007)
9) Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS Parlimen Silam,
Sabah


Jawatan dalam politik :

1) Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P-188 Silam,
(2000-2007)
2) Ketua Pemuda Barisan Nasional Bahagian Silam, (2001-2007)
3) Pengerusi AJK Biro Pertanian Alam Sekitar dan Pelancongan
UMNO Bahagian Silam
4) Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
Sabah
5) Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda
UMNO Malaysia (2001-2003)
6) Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah
7) Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda BN Negeri Sabah
8) Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Pergerakan Pemuda
UMNO Malaysia


Pencapaian Akademik / kelulusan :

1) Sijil Rendah Pelajaran Malaysia (SRP)
2) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
4) Diploma Jurusan Perancangan Bandar Dan
Wilayah
5) Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
(BBA), Hons. USA
6) Ijazah Master Pendidikan, Hawai State University


Kegiatan seberang laut:

1) Ahli Persatuan Program Bahasa Inggeris Antarabangsa
(Western Michigan University Kalamzoo) USA (1983)
2) Presiden Majlis Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa
St. Mary University Of Minniesota, USA (1996-1997)
3) Naib Presiden Persatuan Pelajar Malaysia St Mary
University Of Minniesota , USA (1995-1998)
4) Ahli Kelab Persatuan Usahawan St. Mary University
Minnisota , USA
5) Warwick University dan Birmingham Polietecnic England
(1984-1985)
6) St. Mary University Of Minniesota, USA (1996-1997)
7) HAWAI State University USA (1999-2000), PJJ.

ALUMNI SMK AGASEH DITUBUHKAN


AUTOGRAF....Salleh sedang menurunkan tandatangan di buku pelawat sambil diperhatikan Murukesu.

SETELAH lebih 35 tahun SMK Agaseh melahirkan generasi berilmu melalui program memanusiakan manusia yang direalisasikan secara sistem pendidikan formal, kini mengorak selangkah ke hadapan dengan penubuhan Alumni untuk membantu melonjak akademik dan ko-kurikulum para pelajar.

Bekas Pelajar SMK Agaseh, Haji Salleh Kalbi telah bersetuju untuk mengetuai jawatankuasa penaja Alumni berkenaan yang akan mengadakan mesyuarat penubuhan pada pertengahan Februari 2009.

"Kita telah berbincang secara panjang lebar dan pada dasarnya Pengetua telah bersetuju dengan penubuhan Alumni bagi membantu Pibagu melestarikan visi sekolah ini," ujar Salleh yang juga Ahli Parlimen Silam.

Sehubungan itu, Salleh menggesa agar bekas pelajar SMK Agaseh mendaftarkan diri mereka di pejabatnya atau menghantar email kepada sekritariat penubuhan alumniagaseh@gmail.com

"Alumni ini terbuka kepada semua bekas pelajar terutama profesional and aktivis agar dapat menonjolkan semula SMK Agaseh sebagai pencatat pelbagai sejarah pendidikan di Lahad Datu dan negara," ujar Salleh yang yakin SMK Agaseh akan mencatat kecemerlangan akademik dan apresiasi lain.

Sementara itu, Pengetua SMK Agaseh yang baru, Murukesu mengalu-alukan cadangan Salleh untuk menubuhkan Alumni dan berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya.

"Saya tumpang bangga, sekolah ini telah berjaya melahirkan pemimpin negara seperti YB Salleh," ujar Murukesu sambil menyerahkan buku pelawat kepada Salleh.